KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Dalam laporan polis itu, pengadu yang juga dipercayai pemilik kedai mendakwa telah mendapat gambar wanita yang tular dalam aplikasi WhatsApp pada jam 5 petang Selasa.

Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengadu mendapati gelang tersebut merupakan gelang masuk ke salah sebuah taman tema air di Ipoh dan bukan seperti yang didakwa.

Susulan itu, pemilik restoran terbabit menafikan berita yang tular dikaitkan dengan gambar terbabit dan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

-AWANI