SERI MANJUNG: Perak adalah antara negeri yang terbaik dari segi pemilikan harta di kalangan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun terdapat negeri yang berpendapatan tinggi, tetapi secara puratanya, pemilikan harta rakyat di negeri ini lebih tinggi, berbanding beberapa negeri.

3cb26b72-a65f-4e8f-9eab-d3f46b8a1f58“Saya tidak kata semua negeri, tetapi secara perbandingan, negeri Perak adalah antara yang tertinggi dalam negara, dari segi pemilikan harta, termasuklah pemilikan rumah.

“Maksudnya, ia menggambarkan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah manakala rumah itu pula dijual pada kadar yang rakyat mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Perumahan Awam (PPA) Kg Dato’ Seri Kamarudin di sini pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Projek tersebut dilaksanakan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dengan kerjasama syarikat Asas Jasakita Sdn. Bhd.

686c01f0-ce7a-4d4b-8cbf-a81ef1f73697Dr Zambry berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak sentiasa berusaha untuk memberi peluang rakyat kurang berkemampuan, khususnya kategori B40 memiliki rumah sendiri.

Lantaran itu, kata beliau, kerajaan negeri cuba mengawal harga rumah melalui proses perbincangan dengan pihak pemaju supaya mereka juga dapat bersama-sama memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Di Perak, kita mahu mewujudkan keseimbangan, tidak mahu wujud jurang yang terlalu besar disebabkan oleh ada pihak tertentu yang hanya memikirkan soal keuntungan tanpa memikirkan soal kesejahteraan dan kemampuan rakyat,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mahu, perbadanan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini, seperti Perbadanan Menteri Besar, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Lembaga Air Perak supaya mengembalikan sebahagian keuntungan kepada rakyat dalam bentuk zakat atau sumbangan sosial korporat (CSR).

a88c7b05-9ca3-49f2-ad64-0b3c54f64296

Sementara itu, Abdul Puhat memberitahu, PPA Kg Datuk Seri Kamarudin dibina di atas kawasan seluas 5.415 ekar dengan nilai pembangunan kasar RM40 juta.

Menurutnya, projek itu menawarkan 208 unit apartment dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi, dengan harga antara RM170,000 dan RM200,000 seunit yang dijangka siap pada 2020.

Beliau berkata, SSI juga merancang untuk melaksanakan lagi beberapa skim perumahan di negeri ini, antaranya di Lumut kiri dengan harga jualan mampu milik.