DRAMA minit akhir perlawanan memaksa Tottenham Hotspur akur berkongsi mata apabila terikat 1-1 ketika melayan kunjungan Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur hari ini.

Pada aksi itu skuad kendalian Jose Mourinho terlebih dulu di depan hasil jaringan Lucas Moura pada minit ke-25 untuk mendahului babak pertama 1-0.

Bersambung babak kedua, The Magpies kendalian Steve Bruce melakukan perubahan taktikal mengandakan tekanan ke kubu The Lilywhites.

Hasilnya pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain tuan rumahEric Dier didakwa memegang bola selepas tandukan Andy Carroll.

Callum Wilson yang dipertanggunjawabkan mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah menyempurnakan bagi gol penyamaan pelawat pada minit ke-97 untuk kedudukan 1-1.