Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Penduduk di sekitar Buntong gempar dengan laporan penemuan sebuah bom yang dipercayai ditemui di Lorong 9,Buntong Jaya, di sini pada malam Sabtu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian tersebut berlaku berhampiran Taman Rishah dan pihaknya menerima panggilan sekitar 7.25 petang.

Katanya,pihaknya segera menggerakkan jentera ke lokasi kejadian setelah mendapat maklumat tersebut.

“Ketua Operasi dimaklumkan oleh pemanggil bahawa beliau menerima mesej mengatakan terdapat bom di dalam rumahnya.

IMG-20170708-WA0030
“Anggota balai bomba dan penyelamat kini telah melakukan pengungsian kawasan dan menghalang orang awam berada di lokasi kejadian sejauh 100 meter daripada kawasan itu,”katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, buat masa ini mereka telah menghubungi unit bom Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Hussin,”katanya lagi.

Buat masa ini, pengesahan mengenai penemuan bom tersebut masih cuba didapatkan dari pihak polis.

 

IMG-20170708-WA0031