ALOR SETAR: Seramai 200 penduduk memfailkan saman ke atas pemilik Nasi Kandar Salleh yang terletak di pekan Napoh di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana menyebabkan penularan pandemik COVID-19.

Saman itu difailkan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang mewakili penduduk sekitar Napoh terhadap pemilik perniagaan itu, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57, bagi menuntut ganti rugi RM1.5 juta. -BH