PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan penerbangan MH8008 dari Kuala Lumpur ke Jeddah tidak mengalami sebarang masalah teknikal dan berada dalam keadaan baik untuk terbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu memaklumkan pesawat jenis Airbus A300-800 yang digunakan untuk laluan itu berada dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Kelab Info Malaysia sejak pagi semala, mendakwa penerbangan MH8008 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengalami masalah teknikal adalah tidak benar.

MAB memaklumkan pesawat MH8008 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.35 tengah hari ini dan dijadualkan tiba di Jeddah jam 6 petang hari sama.

“Malaysia Airlines mengambil serius berhubung penyebaran berita palsu dan syarikat penerbangan ini menggesa semua penumpang untuk merujuk kepada platform media sosial atau laman web rasmi Malaysia Airlines untuk maklumat terkini,” katanya – berita harian