SUDAH tiba masanya untuk memadam Facebook,” kata salah seorang pengasas WhatsApp.

Amaran itu dibuat oleh Brian Acton ketika skandal berhubung ancaman penggunaan data di Facebook untuk menjatuhkan syarikat itu semakin meningkat.

“Sudah tiba masanya #deletefacebook,” tulisnya di Twitter.

Setakat ini posting itu telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan merupakan satu daripada hanya dua posting yang ditulis olehnya sejak 2016.

Acton bagaimanapun tidak memperjelaskan alasannya atau membuat sebarang tweet susulan, tetapi ia dibuat ketika Facebook berdepan isu perlanggaran data orang ramai sejak beberapa hari lalu, memaksa Mark Zuckerberg membuat kenyataan – mstar