PENGETUA lelaki sekolah menengah yang meliwat kanak-kanak dan remaja berusia 11 dan 13 tahun direman tiga hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadapnya dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth, Ahmad Faiz Md Zain bagi membolehkan siasatan kes itu dilakukan polis.

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar dan murid berkenaan membuat laporan polis mendakwa dicabul dan diliwat pengetua terbabit ketika berada di asrama sekolah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan doktor pakar dengan seorang daripada mangsa dikatakan masih berada dalam keadaan trauma dan akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang untuk pemulihan emosi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditangkap di rumahnya semalam.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 – hmetro