SEREMBAN: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang gadis bawah umur di Port Dickson, bulan lalu.

Zulhilmi Zulkifli, 28, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Tertuduh didakwa merogol seorang gadis bawah umur di sebuah rumah di Port Dickson kira-kira jam 2 pagi pada 8 September lalu.

Oleh itu tertuduh yang juga seorang duda anak satu itu, boleh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

.
Pilih Pemakanan Seimbang Kekal Gaya Hidup Sihat
Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiza Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Zulhilmi memohon supaya mahkamah mengurangkan ikat jamin kerana perlu menjaga bapa yang baru berpencen dan ibu yang baru menjalani pembedahan mata.

Mahkamah kemudian menawarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di Balai Polis Port Dickson setiap 15 hari bulan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh supaya tidak menghubungi atau berkomunikasi dengan mangsa serta menetapkan sebutan semula kes pada 30 Januari 2019 – berita harian