SEORANG peniaga online dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas lima pertuduhan termasuk memalsukan sijil dan transkrip Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada Ogos lalu.

Shafizal Khalil, 36, didakwa memalsukan sijil dan transkrip Diploma Pengajian Perniagaan yang mempunyai cap mohor UiTM sebelum menjualnya kepada wartawan Kosmo!, Mohd. Hafizi Ahmad, 29, pada harga RM1,000 sekeping.

Bagaimanapun, tertuduh yang berasal dari Puchong, Selangor dan sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

-Kosmo! Online