KUALA LUMPUR: Seorang penuntut kolej automotif swasta di Petaling Jaya, Selangor, ditahan di Air Panas, Setapak, di sini, petang kelmarin, selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 1.13 gram.

Penuntut berusia 19 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju pada jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan selepas melihatnya dalam keadaan mencurigakan.

โ€Ž”Anggota yang bertugas membuat pemeriksaan pada badan suspek dan menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi daun kering dipercayai ganja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

โ€ŽBeliau berkata, ganja dianggarkan seberat 1.13 gram dan bernilai RM50 itu kemudian dirampas untuk siasatan lanjut.

โ€Ž”Semakan terhadap suspek mendapati dia masih menuntut di sebuah kolej automotif swasta di Petaling Jaya.

โ€Ž”Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya – berita harian