IPOH – Untuk pertama kalinya dalam sejarah Sukan Malaysia (SUKMA), Perak selaku tuan rumah SUKMA ke-19 akan menyediakan station anti-doping Malaysia di setiap tapak pertandingan untuk memasitkan tiada penyalahgunaan bahan larangan oleh atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Howard Lee berkata, Perak juga mengambil insiaitf sendiri dengan mengakan ujian pra-doping kepada semua atletnya sebelum bermula kejohanan itu pada bulan hadapan.

“Dari segi pembekalan bahan supleen kepada atlet, Majlis Sukan Negeri menjalankan penyeliaan yang ketat dan sebarang bahan suplemen yang atlet ingin ambil di luar haruslah dirujuk dan dilaporkan kepada MSN terlebih dahulu.

“Dari segi pra-doping pula, kita akan lakukan ujian terhadap atlet-atlet kita yang terpilih untuk mewakili negeri, sekiranya didapati positif apa-apa bahan terlarang kita akan gugurkan mereka daripada bertanding,” katanya pada satu sidang media di ini pada Khamis.

Sebanyak 39 station akan ditempatkan di tapak pertandingan yang melibatkan 29 jenis sukan sepanjang temasya itu berlangsung mulai 12 sehingga 22 September ini.

Sementara itu, Howard juga memberitahu acara berbasikal yang sebelum ini berdepan kemelut digugurkan daripada dipertandingkan pada SUKMA ke-19 ekoran masalah keselamatan dihadapi Velodrom Rakyat kini telah selesai.

Ini kerana Velodrome itu baru-baru ini telah pun mendapat pengiktirafan Sijil Homologation dari Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sekali gus dibenarkan untuk diguna oleh acara berbasikal pada temasya sukan kali ini.