KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad (PH-Langkawi) kepadannya terkandung dalam perjanjian bertarikh 7 Jan 2018 yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan.

Katanya, perjanjian itu menetapkan Mahathir dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) akan berundur apabila tiba masanya,.

“Soal transisi bukan terletak kepada Port Dickson dan Langkawi. Ini soal perjanjian yang dimeterai pada 7 Jan 2018, ditandatangani oleh semua pimpinan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.