IPOH –  Peranan Majlis Belia Negeri (MBN) Perak masih relevan walaupun berlaku perubahan pentadbiran kerajaan selepas PRU14, lalu.

Exco Kerajaan Negeri Howard Lee Chuan Chow berkata, peranan MBN perlu diperluaskan demi membawa suara golongan belia ke peringkat lebih tinggi.

“Bagi saya, mana-mana institusi yang mewakili golongan belia perlu diperluaskan atau dilebarkan pengaruhnya.

“Mungkin juga, ia akan wujudkan  jaringan yang lebih besar,” katanya.

Howard berkata demikian pada sidang media sempena pertemuan bersama beberapa pemimpin sayap pemuda kepada persatuan-persatuan keturunan/suku Tionghua Perak di pejabatnya, hari ini.

Sementara itu, Howard berkata, pihaknya mengetahui masih terdapat beberapa persatuan belia yang belum  berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Syarikat (RoS).

Katanya, antara penyebab persatuan-berkenaan tidak berdaftar dengan RoS adalah disebabkan persatuan itu sayap kepada persatuan induk.

“Inilah antara sebab mengapa banyak  persatuan belia yang masih tidak berdaftar,” katanya.