LANGKAP: Permainan tradisional yang dahulunya terkenal sebagai aktiviti menyihatkan tubuh badan bertukar menjadi perkara asing kepada generasi muda masa kini.

Nama galah panjang, sepak raga ratus termasuk batu seremban sudah tidak dikenali malah semakin dilupakan akibat perubahan zaman.

1494a5e9-afae-4e40-a326-45d00e7b2bf9

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, generasi baharu lebih cenderung dengan permainan video di rumah berbanding menyertai aktiviti luar rumah.

Menurutnya, ia turut mendorong kepada masalah kesihatan seperti kegemukan kerana langsung tidak melibatkan diri dengan sukan yang menyihatkan.

“Kalau dahulu, seingat saya dalam tahun 70an atau 80an, orang di zaman itu semuanya sihat-sihat sebab asal ada kelapangan, mereka akan sertai permainan yang memerlukan pergerakan badan selain mengeluarkan peluh.

ab06ba6e-8605-4456-9a96-0f8154867284

“Apa yang menyedihkan, kini permainan tradisional sudah menjadi perkara pelik kepada anak-anak muda, kadang-kadang tidak pernah didedahkan pun dengan permainan terdahulu.

“Mereka lebih ligat dan asyik dengan permainan menerusi gajet,” katanya semasa merasmikan program Merakyatkan Seni Bengkel Apresiasi Seni Budaya Siri 4 bersempena Permukiman Menteri Besar Perak di SMK Dato’ Sagor, Langkap.

9c7605e9-3ce2-46e1-acbf-7dd5d85f6e62

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Zainol berkata, kekayaan warisan seni budaya yang ada di Perak sewajarnya menjadi kebangaan bersama oleh kerana keunikan itu belum tentu ada di tempat lain.

“Pelancong asing suka datang ke mari bukan disebabkan bangunan pencakar langit, kerana kalau hendak dibandingkan, negara mereka lebih hebat.

ab06ba6e-8605-4456-9a96-0f8154867284

2dacaf13-0835-43c9-ae33-0a3971256566

“Apa yang mereka cari adalah faktor keunikan dan warisan di satu-satu tempat, olej demikian wajar kiranya permainan seperti ini diangkat semula sebagai simbol keunikan Perak,” ujarnya.

Kira-kira 200 peserta terlibat dalam permainan yang dipertandingkan, ia merangkumi galah panjang, sepak raga ratus, batu seremban, congkak dan kabbadi.

Dalam pada itu terdapat juga demonstrasi pembuatan wau, gasing serta persembahan tarian Belotah yang dahulunya ditarikan sempena musim menuai padi.