LEKIR: Permukiman Menteri Besar yang dilaksanakan di setiap daerah di negeri ini adalah satu lagi bukti kesepaduan pemimpin dan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, dalam kehidupan bermasyarakat, semua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.

34dacee9-3260-4bd5-96ca-4fb82231847b   64ff729d-36ae-452a-91fc-648e4369d2ec

Menurut beliau, apa yang penting ialah semua pihak dapat mengurus tadbir tugas seharian masing-masing dengan baik dan teratur.

“Dalam dunia ini, kita tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya kita saling memerlukan, perlu juga ada kebersamaan,” katanya ketika berucap menutup Karnival Mahabbah Institusi Agama Islam Negeri Perak di pekarangan Masjid Ar Raudhah, Kg Tersusun Bt 7, di sini pada Jumaat.

45789ea7-b0c0-4136-93f9-57672ec19f45Hadir sama Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad, OBJ Manjung, Lt Kol (B) Datuk Shaharuddin Nazari, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid, Timbalan Pengarah JAIPk, Harith Fadhilah Abd Halim dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Pelbagai aktiviti diadakan di dalam program sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Manjung, antaranya dialog bersama pemimpin, Klinik Dr Zambry, pameran jabatan / agensi kerajaan, pemeriksaan dan kenduri rakyat.

Turut diadakan penyampaian geran hak milik tanah kepada 43 orang penduduk Kampung Tersusun Bt. 15 di sini.