MANCHESTER United dan Manchester City sekali lagi bertemu dalam aksi separuh akhir Piala EFL ketika skuad kendalian Pep Guardiola mahu meneruskan usaha untuk menjuarai pertandingan tersebut buat kali keempat berturut-turut.

City menang 3-2 secara agregat ke atas United musim lalu, menang 3-1 di Old Trafford, di mana hanya satu perlawanan sahaja akan menentukan tempat ke final kali ini.

United dan City merupakan pasangan kedua untuk bertemu dalam aksi separuh akhir Piala Liga dua kali berturut-turut, selepas Arsenal dan Tottenham bertembung pada 2006-07 dan 2007-08.

Kekalahan 1-0 dalam aksi timbal balik merupakan dua daripada tiga kekalahan dialami City bertemu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada 2019-20, sementara mereka sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal bulan ini.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Brentford bertemu Tottenham.

Kedua-dua perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 4 Januari.

Minggu ini, Liga Bolasepak Inggeris telah menganjakkan aksi final kepada 25 April, dengan harapan untuk membawa semula penyokong ke Wembley. – AWANI