KUALA LUMPUR: Saingan Piala Malaysia yang dijadualkan membuka tirai pada 16 Oktober ini ditunda kepada 25 dan 26 Oktober, berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, berkata penangguhan itu dibuat kerana MFL prihatin dengan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan ketika ini.

Pada masa sama, MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super melibatkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang telah diisytihar zon merah COVID-19.