Kastam Di-Raja Malaysia (KDRM) meminta semua pihak bertenang dan mendapatkan maklumat tepat berkaitan keputusan untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap beberapa barangan makanan bermula 1 Julai ini.

Wakilnya yang dihubungi Malaysian News memaklumkan bahawa pindaan tersebut hanya meliputi sebahagian kecil produk makanan sahaja.

Menurut KDRM, hanya produk buahan import dan ikan bergred tinggi sahaja akan dikenakan GST, sebaliknya buahan tempatan dan lain-lain makanan masih kekal sebagai sifar cukai itu.

Wakil KDRM menggesa semua pihak agar bersabar menunggu pengumuman rasmi dari agensi tersebut dan tidak membuat spekulasi bersandarkan kepada sebaran maklumat di media sosial.