IPOH: Golongan gelandangan antara mereka yang terkesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan wabak Covid-19.

Ini berikutan mereka tiada rumah untuk dijadikan tempat berlindung dan terdedah kepada bahaya khususnya ketika wabak yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengambil berat akan nasib yang dilalui mereka, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mengedarkan bungkusan makanan untuk golongan gelandangan di sekitar Ipoh.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap MBI, agihan itu dibuat bagi mengurangkan beban mereka yang memerlukan, khususnya bantuan makanan dalam tempoh PKP.

\”Sebanyak 50 bungkus makanan diagihkan kepada golongan gelandangan antaranya di sekitar Pekan Baru Pekan Lama, Silibin, Buntong, Greentown, Medan Selera Dato’ Tahwil Azar, Fairpark, Taman Ipoh, Kampung Simee dan Stadium.

\”Agihan ini merupakan kali pertama dilaksanakan oleh MBI dan diharapkan ia dapat membantu mereka yang memerlukan sepanjang tempoh PKP berjalan,\” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat