KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

“GPS tidak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita akan terus kekal dengan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Alexander ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan akan terus kekal dengan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tiada kaitan dengan apa yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebentar tadi,” jawabnya.

Ini pesan Alexander kepada Anwar: “Please grow up, you are old enough to know, don;t behave like a greenhorn politician …”

Alexander yang juga merupakan Setiausaha Agung GPS turut berkata, adalah lebih baik untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk berhenti bermain politik yang hanya akan mengelirukan rakyat serta mengakibatkan ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.