ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, BERSATU (empat) dan masing-masing dua daripada UMNO dan BEBAS yang juga bekas ADUN PKR.

Beliau berkata kesemua mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan beliau hilang kuasa mentadbir negeri.

Berita lanjut menyusul.