SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang akan menjadi saksi pendakwaan kes culik dan bunuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam satu kenyataannya berkata, saksi dikenali sebagai J Calvin Danial, 28, dikehendaki memberi keterangan berkaitan kes mengikut Seksyen 3(1) Akta Colek 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Lelaki berkenaan dipercayai bekerja sebagai pemandu dan alamat terakhirnya di 227 A Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, Perak.

“Kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Norazmi Yaakob dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 019-8128911 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya – berita harian