IPOH – Ahli keluarga lelaki yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik–Kupang, Gerik, Sabtu lalu dipanggil untuk diambil keterangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, rekod keterangan itu diambil bagi membantu polis menjalankan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Polis masih menyiasat semuanya daripada pelbagai sudut dan buat masa ini, ahli keluarga mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan sekali gus membantu siasatan kes ini.