SEPANG : Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador tahu di mana anak perempuan Indira Gandhi yang dibawa lari bekas suaminya.

“Masyarakat tak tahu di mana, saya tahu di mana. Itu sebab usaha dijalankan untuk berunding. Sila tampil.

“Kita selesaikan supaya dia dapat duduk dalam negara kita ini, anak-anak dapat pendidikan yang sempurna. Tak payah menyorok-nyorok lagi,” katanya kepada pemberita pada satu majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.