IPOH: Polis berjaya menahan lapan individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti promosi perjudian dalam talian sejak sebulan lalu di sebuah rumah teres dua tingkat di Ulu Kinta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua suspek yang kesemuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun.

Ujarnya lagi, premis ini menjadi pusat panggilan yang digunakan untuk menjalankan perjudian dalam talian laman web dari negara China.Manakala pelanggan terdiri daripada warga China dan warga tempatan, kesemua suspek merupakan operator yang dipercayai mempromosikan perjudian menggunakan aplikasi Whatsapp.

“Scammer yang mengajak pelaburan dan maklumat yang pertama ialah berkaitan dengan ada website berkaitan penawaran pelaburan.”Kita cuba dapatkan dan dapat kesan bahawa bila kita periksa yang dikatakan skim pelaburan itu merupakan judi online.

“Dan apa yang menariknya ialah dia akan menghantar melalui website dan dalam mesej Whatsapp itu ada gambar perempuan untuk mengajak kita melabur, kemudian dia memberi tawaran macam mana nak melabur dan salah satu tawaran itu ialah cara berjudi secara online,”katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di semalam.Dalam serbuan itu, pihak polis telah merampas lapan buah komputer riba, 22 buah telefon pelbagai jenis, tiga buku berkenaan maklumat akaun media sosial dan empat keping kad ATM.

Katanya lagi, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda RM 5,000 hingga RM 50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.Asmadi berkata, semua suspek direman selama empat hari bermula ‪hari ini hingga Sabtu‬ untuk membantu siasatan.