PETALING JAYA: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) telah memberi pelepasan untuk filem aksi kanak-kanak Power Rangers ditayangkan pada Khamis.

Menurut jurucakap TGV Pictures yang mengedarkan Power Rangers, filem itu diberi penarafan P13 tanpa sebarang pemotongan.

Pada Selasa, filem itu dilaporkan sedang dikaji semula selepas terdapat adegan kecil berhubung orientasi seksual watak Trini, Ranger Kuning, lakonan Becky Gomez.

Adegan itu menunjukkan watak yang menganggap dirinya disangka berdepan masalah hubungan dengan teman lelaki yang hakikatnya berpunca daripada hubungan sesama jantina (lesbian).