IPOH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai, sekaligus bilangan mangsa banjir di Perak menurun kepada 213 orang daripada 53 keluarga.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, PPS itu ditutup sepenuhnya jam 6 petang ini apabila kesemua 168 daripada 69 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, dengan penutupan itu, bermakna tiga buah PPS masih dibuka setakat ini.

“PPS itu ialah di SK Changkat Lobak, Bagan Serai; SK Kayan di Manjung dan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu PPS di SK Changkat Lobak menempatkan 87 mangsa daripada 22 keluarga; SK Kayan pula 30 keluarga daripada enam keluarga dan Dewan MPTI 96 orang daripada 25 keluarga.