Presiden Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), Gianni Infantino kini dalam proses kuarantin selepas disahkan positif pandemik Covid-19.

Menurut FIFA, presiden badan induk bola sepak dunia berusia 50 tahun itu perlu menjalani kuarantin selama sekurang-kurangnya 10 hari selepas dijangkiti virus berkenaan.

“Presiden FIFA, Gianni Infantino telah menerima pengesahan hari ini bahawa dia positif Covid-19. Dia kemudian mengambil tindakan proaktif mengasingkan diri segera.

“Semua orang yang berkontak dengan Infantino selama beberapa hari terakhir telah diminta untuk mengambil langkah diperlukan segera,” katanya.