KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa pangkat datuk kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte ketika berkunjung ke negara itu.

Duterte pula mengurniakan Darjah Kebesaran Sikatuna (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran ‘Datu’.

“Majlis berlangsung di Istana Malacanang, Manila hari ini (10 Julai), sempena lawatan Baginda Tuanku Sultan di atas jemputan peribadi Presiden Filipina.

“Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Presiden Filipina,” kata Johor Royal Press Office dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, majlis itu berlangsung semalam dan Sultan Ibrahim dan Duterte turut mengadakan pertemuan tertutup selama hampir sejam.

“Baginda bersama delegasi kemudian diraikan dalam satu majlis santapan malam bersama Presiden Filipina. Baginda dan presiden Filipina turut bertukar cenderahati serta merakam gambar kenangan.

“Sempena lawatan itu, presiden Filipina turut menghadiahkan sebuah potret lukisan wajah Sultan Johor,” kata kenyataan itu lagi.