KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau dan Datuk Seri Hajiji Noor akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pertemuan dengan Juhar itu akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Katanya, Juhar akan menentukan sama ada beliau atau Hajiji yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Tunggu… tunggu TYT (Tuan Yang Terutama) umum siapa Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Terdahulu, GRS mengadakan mesyurat bersama yang dihadiri Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Zainuddin Hamzah; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, GRS memperoleh 38 kerusi DUN daripada 73 yang dipertandingkan.