SUNGAI MANIK: Ahli Dewan Negara, Khairul Azwan Harun mengadakan program Ziarah Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik pada Jumaat, bagi membantu golongan yang memerlukan.
IMG-20170603-WA0001
Dalam program itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia meluluskan peruntukan RM10,000 bagi membaik pulih rumah seorang warga emas yang uzur.
IMG-20170603-WA0000
Kerja-kerja baik pulih rumah Kayah Saidin, 80-an, di Parit 7D Sungai Kerwin akan dimulakan secepat mungkin.
Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri yang juga ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
IMG-20170603-WA0003
Selepas lawatan ke rumah warga emas itu, Azwan dan Zainol menyertai majlis iftar anjuran pejabat Ahli Dewan Negara berkenaan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Sungai Manik di Masjid Az-Zahir, Parit 7B Permatang di sini.
Pada majlis itu, Azwan menyampaikan sumbangan zakat kepada 30 anak yatim dan 30 asnaf di sekitar kampung berkenaan.
Beliau turut meluluskan peruntukan RM5,000 untuk membeli sistem pembesar suara bagi kegunaan masjid berkenaan.