REMBAU: Sembang kosong sekumpulan 10 pemuda dalam kumpulan WhatsApp mengenai kelas mengaji al-Quran membawa kepada lahirnya projek bas mengaji.

Projek yang diilhamkan sekumpulan pemuda anak jati Rembau, Negeri Sembilan yang menggelarkan diri Rembau Awesome ini menarik perhatian dengan konsep belajar mengaji dalam bas.

Ahli kumpulan, Muhammad Allif Ibrahim, 25 berkata, idea asal adalah untuk menarik minat semua peringkat umur terutama kanak-kanak untuk belajar mengaji al-Quran dalam suasana berlainan.

Justeru, katanya, timbul idea untuk menghasilkan projek bas mengaji.

“Kami mendapat sumbangan daripada orang ramai untuk membeli sebuah bas lama dengan harga RM6,000 dan membuat pengubahsuaian yang membabitkan kos RM4,000.

-myMetro