Rainbow Cheese Toast yang dipopularkan sepasang pengusaha muda menerima sambutan hangat orang ramai apabila promosi istimewa seharinya pada hari ini mendapat sambutan hangat pelanggan dari dekat dan jauh.
Antaranya merupakan sekumpulan remaja dari Kuala Lumpur kelihatan amat teruja setelah berjaya mendapatkan Rainbow Cheese Toast di Kuma Brand yang terletak berhampiran Plan B, Concubine Street, Old Town Ipoh.
Mereka yang datang buat kali kedua tidak berputus asa apabila percubaan kali pertama bulan lalu tidak membuahkan hasil. Mereka antara ratusan pengunjung yang datang untuk menikmati roti bakar berkeju pelanggi yang semakin popular kini.
Menurut pemilik Kuma Brand Ipoh, John Loh, jualan Rainbow Cheese Toast mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung luar seperti Batu Gajah, Teluk Intan, Taiwan, Indonesia dan Thailand.
¬†“Sempena promosi Beli Satu Percuma Satu Minuman istimewa hari ini, kami dapati jualan meningkat sebanyak 25 peratus berbanding hari Sabtu biasa,” kata John ketika ditemui.