IPOH: Malaysia memulakan langkah kanan untuk mempertahankan kejuaraan Division 1 Kejohanan Ragbi Asia (ARC) apabila menumpaskan Emiriyad Arab Bersatu (UAE) 36 – 22 di Padang Ipoh pada Ahad.

Terima kasih kepada pemain kelahiran Fiji, Jone Mawara Nasalo yang melakukan hatrik dengan dalam perlawanan yang mendebarkan.

Malaysia memulakan lima minit awal perlawanan dengan melakukan serangan tetapi gagal melakukan try berikutan kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan.

Jone Mawara Nasalo yang melakukan larian solo sebelum nembuat ‘up and under’ untuk try pertama Malaysia pada minit ke-14 yang diikuti dengan tendangan gol (conversion) oleh Fairuz Abdul Rahman.

Bagaimanapun, kelekaan pemain-pemain Malaysia dihukum apabila UAE mendapat try hasil lontaran masuk cepat yang dilakukan minit ke-23 yang diikuti dengan tendangan gol.

Minit ke-35, Jone Mawara Nasalo sekali lagi membuat larian solo untuk try kedua dan Fairus tidak menghampakan apabila menyempurnakan tendangan gol.

ragbimy

Fairuz turut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 yang dibalas dengan penalti UAE pada minit-minit akhir sebelum berhenti rehat dengan kedudukan 17 – 10.

UAE yang kesemua pemainnya merupakan kelahiran negara luar, memulakan babak kedua dengan menggunakan kekuatan fizikal tetapi berjaya diseimbangi oleh lima pemain kelahiran Fiji dan seorang pemain kelahiran Samoa.

Malaysia turut diperkuatkan dua pemain profesional tempatan yang beraksi di liga Jepun iaitu K. Deniswaran (Yamaha Jubilo) dan Wong Wye Wye (Hino Reds Dolphins).

Dalam perlawanan awal di gelanggang yang sama, pasukan Sri Lanka menewaskan Filipina 23 – 13.

Selepas perlawanan pertama, Malaysia menduduki tangga teratas liga dengan 5 mata, hasil satu kemenangan dengan 1 mata bonus kerana mendapat lima try dan Sri Lanka di tangga kedua dengan 4 mata.

Malaysia akan bertemu Filipina pada Rabu sebelum bertemu Sri Lanka pada Sabtu, kedua-duanya di Padang Ipoh.

 

ragbimy 2