PADANG RENGAS: Tujuan sebenar rakyat jelata berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing adalah untuk mengundi dan menyelamatkan BN kerana mereka enggan pemimpin hipokrit dari gabungan Pakatan Harapan mentadbir Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak semestinya mereka balik untuk menyokong pembangkang kerana rakyat takut melihat kewujudan ramai pemimpin hipokrit seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

“Orang balik sebab nak selamatkan BN sebab mereka tengok pada hari ini, habis hipokrit semua macam Mahathir, Muhyiddin, Rafidah, Daim (Tun Daim Zainuddin) banyak ke arah sana (pembangkang).

“Ini semua pemimpin hipokrit. Dulu PKR ditubuhkan pun sebab nak jatuhkan hipokrit-hipokrit ini. Jadi bila hipokrit ini sekarang bersatu menyokong pembangkang, rakyat rasa takut dan bimbang.

“Jadi, pastikan anda balik, jangan sokong geng hipokrit ini. Mereka balik ramai-ramai tak semestinya nak menyokong pembangkang, mungkin BN setengah, pembangkang setengah. Jadi 50-50, bolehlah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini,hari ini.

BERITA BERKENAANKenyataan Mahathir Kena Pada Batang Hidung Sendiri