Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Raya ini, warga Ipoh boleh bertandang ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di
kediaman Menteri Besar Perak dengan promosi dua kali perjalanan hanya dengan RM20!

Promosi sempena sambutan Raya Peringkat Negeri Perak itu dijalankan dengan kerjasama syarikat pengangkutan mobil termuka UBER dan kerajaan negeri Perak.

Kini, warga Ipoh tidak perlu risau dengan masalah mencari parkir dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana UBER sentiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan itu pada 1 Syawal kelak.

Seawal pukul 2.30 petang, orang ramai cuma perlu meletakkan kenderaan di sekitar Greentown, Shabu-shabu, Masjid Negeri, Stadium Perak, Padang Polo, malah di rumah masing-masing sebelum menghubungi UBER untuk dihantar ke Kediaman Menteri Besar.

Menariknya, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi UBER dari playstore/AppStore dan mendaftarkan nombor telefon serta memasukkan kod promo khas untuk tawaran yang hanya sah pada hari tersebut.

Kod promo: RAYABERSAMAMB/ RAYABERSAMAZAMBRY dan dapatkan RM20 untuk perjalanan dua hala khusus potongan khas daripada UBER untuk kemudahan ramai.