SITIAWAN: Dianggarkan 11,000 ekor anak ayam rentung apabila sebuah reban di Pekan Gurney, di sini terbakar, hari ini

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.36 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan bangunan struktur kelas C berkeluasan 30 X 600 kaki yang musnah terbakar 50 peratus.

“Anggaran 11,000 ekor anak ayam didapati rentung ketika kebakaran berlaku

“Anggota menggunakan tiga aliran 200 kaki empat pancutan bersumberkan air dari pili nomba sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi yang disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan dibantu anggota BBP Seri Manjung tamat pada 9.45 pagi.