Subscribe Now

Trending News

Ribut melanda Perlis
Nasional

Ribut melanda Perlis

KANGAR : Ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini ketika ini, dan difahamkan telah mengakibatkan kemusnahan kediaman, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.

Angin bertiup kencang bermula kira-kira pukul 8 malam ini dan sehingga kini masih berlaku.

Malah di sesetengah kawasan, turut berlaku kemalangan selepas pokok tumbang di atas jalan raya termasuk di Tambung Tulang di sini.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak media masih menunggu maklumat daripada pihak keselamatan mengenai kejadian tersebut.

 

– UTUSANONLINE

Related posts