Subscribe Now

Trending News

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Nasional

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Ringgit meneruskan momentum belian semalam dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan permintaan yang lebih kukuh ke atas mata wang tempatan, didorong oleh data pertumbuhan tinggi keluaran dalam negara kasar Malaysia bagi 2017, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit mencatatkan 3.8920/8960 berbanding dolar daripada 3.9170/9210 pada penutupan semalam.

Ekonomi Malaysia tumbuh 5.9 peratus pada 2017 dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan,

Tahap pertumbuhan bukan sahaja paling cepat dalam tempoh tiga tahun, bahkan merupakan antara tertinggi di Asia.

Seorang peniaga berkata minat ke atas ringgit mengukuh walaupun dolar US kini semakin meningkat susulan laporan mengenai inflasi yang lebih tinggi berbanding unjuran.

“Asas ekonomi tempatan yang kekal kukuh, terus menyokong permintaan ke atas ringgit,” katanya kepada Bernama.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya  didagangkan rendah kecuali dolar Singapura, dengan unit tempatan meningkat kepada  2.9595/9643 berbanding 2.9654/9705 pada Rabu.

Ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6449/6493 daripada 3.6441/6488, rendah berbanding pound British kepada 5.4511/4591 daripada 5.4325/4400 serta lemah berbanding euro kepada 4.8471/8529 daripada 4.8383/8444-BERNAMA

 

Related posts