DUBAI – UAE . Polis Dubai memperkenalkan pegawai polis robot pertama mereka yang akan diberikan tugas meronda di pusat membeli dan tempat tarikan pelancong, lapor BBC.

Orang ramai boleh membuat laporan jenayah, membayar denda dan mendapatkan maklumat dengan menyentuh skrin pada dada robot berkenaan.

Data yang dikumpulkan robot akan turut dikongsi dengan pihak berkuasa pengangkutan dan lalu lintas.

Kerajaan berkata, tujuan utama adalah untuk menjadikan 25% daripada anggota adalah dari robot menjelang 2030 namun ia bukanlah untuk mengantikan dengan manusia.

“Kami tidak akan mengantikan pegawai polis kami dengan robot ini,” kata Ketua Pengarah perkhidmatan pintar Polis Dubai Bridget Khalid Al Razooqi.

“Tetapi dengan jumlah orang di Dubai semakin meningkat, kita mahu menempatkan semula pegawai polis supaya mereka bekerja di tempat yang betul dan boleh menumpukan perhatian kepada menyediakan bandar selamat,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan orang datang ke balai polis atau perkhidmatan pelanggan dan dengan penggunaan robot ini akan berkhidmat kepada orang ramai 24 jam.

“Ia boleh melindungi orang ramai daripada jenayah kerana ia dapat menyiarkan apa yang terjadi terus kepada pusat kawalan,”katanya dipetik BBC.

Robot berkenaan dari Pal Robotics dipamerkan pada Expo dan persidangan keselamatan dan maklumat Teluk pada Ahad.

Pada masa ini, ia boleh berkomunikasi hanya dalam bahasa Arab serta bahasa Inggeris dan terdapat rancangan untuk menambahkan bahasa Rusia, China, Perancis dan Sepanyol.

Robot Reem akan menyertai rondaan tahun depan bergantung kepada pembiayaan kerajaan Dubai.

-SinarHarian