IPOH; Rombongan Westminster Foundation For Democracy (WFD) mengadakan kunjungan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak untuk bertukar-tukar pandangan dan cadangan.

Rombongan yang diketuai bekas Ahli Parlimen Parti Buruh, Sir Hugh Bayley itu turut disertai Penasihat Parlimennya, Dr Victoria Hasson; Pengurur Kanan Program Asia, David Thirbly; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Thomas dan

Managing Partner of Spey and Formal Special Adviser to The First Minister of Scotlad, Jennfer Robertson

Sempena kunjungan itu, mereka mengadakan perbincangan dengan Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Turut serta dalam perbincangan itu ialah Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Zakaria, Dr Abdul Aziz Bari dan Howard Lee Chuan How.

Bercakap pada sidang media kemudiannya, Koo Ham berkata, lawatan rombongan itu adalah sebahagian daripada program yayasan itu untuk menpromosikan nilai-nilai dan prinsip demokrasi di seluruh dunia.

“Hasil perkongsian ini, kita dapati, selain daripada undang-undang untuk melindungi sistem demokrasi, rakyat juga perlu memahami demokrasi yang sebenarnya.

“Suara rakyat suara keramat, suara yang akan disanjung untuk dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Bayley berkata, mereka juga akan melawat Parlimen esok kerana Malaysia juga sangat penting kerana hubungan yang telah lama terjalin dengan United Kingdom.