MIRI: Lebih 50 penghuni rumah panjang Long Peluan, Ulu Baram di sini, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka itu musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kebakaran jam 11.20 malam, 19 pintu daripada 30 pintu rumah panjang berkenaan musnah, manakala selebihnya selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam berhubung kejadian itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi kemudiannya dikerahkan ke lokasi pada jam 6.40 pagi hari ini.

“Jarak lokasi kejadian dianggarkan sejauh 300 kilometer dan perlu melalui jalan balak yang mengambil masa 10 jam perjalanan.

“Setakat ini, pihak bomba masih dalam perjalanan ke lokasi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, maklumat awal yang diterima mendapati kebakaran tidak membabitkan mangsa dan hanya membabitkan kemusnahan harta benda – berita harian