Subscribe Now

Trending News

Salleh ajak rakyat raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat Malaysia
Nasional

Salleh ajak rakyat raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengajak seluruh rakyat negara ini meraikan perayaan Tahun Baharu Cina dengan semangat Malaysia.

Menurut beliau, persefahaman antara semua kaum disifatkan sebagai asas kemerdekaan Malaysia.

“Kaum Cina mempunyai kepentingan di negara ini seperti mana kaum Melayu. Sepanjang masa, perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali juga menjadi perayaan rakyat Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi semua rakyat Malaysia. Semoga kita menyambut perayaan ini dalam semangat Malaysia,” katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut esok dan Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE

Related posts