KUALA LUMPUR – Gara-gara memuat naik ciapan “Akhirnya, 1 juta Pak guard dari Bangladesh telah sampai…. ka ka ka…”, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin ‘diserang’ di laman Twitter.

Status yang dimuatnaik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin di laman Twitter

Ciapan tersebut mempersendakan foto Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO di Janda Baik semalam.

Rata-rata netizen yang membalas ciapan Tze Tzin menyifatkan tindakan mempersendakan foto tersebut dan menyamakan Skuad Sabil dengan pak guard dari Bangladesh sebagai murahan dan amat tidak sesuai dengan status timbalan menteri.

Don’t succumb urself to cheap shot, moronic & imbecile remarks like this. U r a Deputy Minister, so behave like one. My advice is erase this tweet & be more professional. Tweet more beneficial inputs & ministerial plans for rakyat. #Malaysia #klentongkrasi .

Itu ulasan Dr Novandri Hasan Basri.

Seorang lagi netizen menulis Please don’t tweet like this ..u as Deputy Minister not netizen .

Ada juga yang menyifatkan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan itu masih berperangai seolah-olah mereka adalah pembangkang, dan perkembangan itu amat memalukan.

Ciapan Tze Tzin itu sehingga kini menerima 70 komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan ciapan beliau itu.

 

– MalaysiaGazette