MANJUNG: Kira-kira 1,000 warga emas dan kanak-kanak menerima angpau Tahun Baru Cina 2018 sempena lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Pangkor, Manjung dan Segari hari ini.

Dalam program di Arena Square Pangkor di sebelah pagi, Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor menyampaikan angpau kepada lebih 700 penerima.

6688f784-e77b-484a-9c89-28d2bddf91c2

Ketika program di tokong Kampung Dato’ Seri Kamarudin, beliau menyampaikan angpau kepada hampir 200 penerima manakala di tokong Batu 5, Segari, kepada hampir 100 penerima.

Selain angpau, penerima kurang bernasib baik turut menerima kotak makanan Yayasan Bina Upaya dan limau mandarin.

 

Hadir sama dalam program-program penyampaian itu ialah Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Hanif Othman.

Dr Zambry di dalam ucapannya berkata, program seumpama itu telah diadakan sejak beliau menjadi wakil rakyat pada 2004.