KUALA LUMPUR – Lapan jam selepas ditangkap di sebuah apartmen di Pahang, satu vi­deo pengakuan Alvin Goh telah dimuat naik oleh seseorang di laman Facebook miliknya semalam.

Di dalam video berdurasi 8 minit 30 saat itu Alvin Goh atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong telah menafikan segala dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

Difahamkan, pusat peranginan itu terletak 40 kilometer dari ibu kota.

Dalam rakaman video ber­kenaan, Alvin memberitahu akan menyerah diri kepada pihak polis selain mendakwa tidak terlibat dalam aktiviti ­pengubahan wang haram.

“Saya tidak mempunyai sebarang gelaran Datuk Seri tetapi hanya individu biasa yang me­nguruskan perniagaan komputer di ibu negara.

“Saya juga menafikan dakwaan yang mengaitkan saya de­ngan sindiket pengubahan wang haram termasuk Macau Scam seperti yang dimain beberapa media,” dakwanya.

Terdahulu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberkas Alvin yang menjadi buruan sejak 15 hari lalu selepas meloloskan diri dengan memanjat tembok belakang bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas bersama kekasihnya yang merupakan warga China.