MANJUNG: “Saya tidak gentar dan takut dengan tuduhan itu semua,”.

Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas strategi pembangkang mengulangi tuduhan terhadap beliau kononnya berlaku salah laku dalam pentadbiran.

Menurut Menteri Besar tiada apa yang perlu beliau takut kerana kesemua tuduhan tersebut bersifat fitnah semata-mata.

“Tidak perlu untuk saya takut kerana tiada kesalahan mahupun penyalahgunaan yang telah saya lakukan,” katanya.

sembang_anakmuda_jeeDr. Zambry, berkata strategi Ketua Pembangkang, Nizar Jamaluddin yang mengulangi tuduhan sama berkaitan anugerah Brand Laureate, bonus dan pembelian kereta Audi hanya bertujuan mewujudkan persepsi semata-mata.

“Dia (Nizar) bukan watak baru dalam pentas politik Perak. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana dia yang dikenali dengan peribadi Islamik boleh bercakap dan menuduh tanpa ada sifat malu serta bersalah.

“Kita akan terus jelaskan pada rakyat kerana bagi mereka yang tidak tahu perkara sebenar akan percaya.

Mereka lakukan semua ini denga niat yang satu dan tidak lain adalah untuk mencetuskan kemarahan rakyat pada saya,”katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di program Sembang Anak Muda Jee… Bersama Menteri Besar Perak di Dewan Kampung Dato’ Seri Kamarudin, di sini hari ini.

Tegas Dr Zambry lagi beliau seolah-olah sudah menjangkakan serangan habis-habisan pembangkang terhadapnya yang mana mereka fikir boleh menamba sokongan rakyat untuk pembangkang dalam Pilihan Raya Umum-14 tidak lama lagi.

“Mereka menuduh tanpa rasa berdosa, isu yang sudah dijawab berkali-kali diulang dan dihebahkan pada rakyat.

“Seperti juga isu bonus yang mereka gambarkan seolah-olah saya terima lebih RM100,000, begitulah cara pembangkang memutarbelitkan fakta,”katanya.