TIADA pergerakan keluar masuk kenderaan atau individu di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, sejak 6 pagi hari ini.

Tinjauan di lokasi sehingga 10 pagi mendapati hanya kelihatan beberapa anggota polis berkawal di lokasi berkenaan.

Najib meluangkan masa di Pekan, Pahang, semalam dan dipercayai bertolak dari kediaman di Seri Kenangan, Peramu, Pekan pada 8.30 pagi hari ini.

Hari ini adalah hari keenam anggota polis berkawal 24 jam di hadapan kediaman Najib, malah petugas media masih berkampung di situ.

Najib dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) esok, susulan serbuan dilakukan sebelum ini – berita harian