Betul, kebebasan bersuara itu ada namun kita masih perlu pandai membawa diri dan jangan terlampau lantang sehingga boleh mengguris hati ramai pihak

Lebih-lebih di laman sosial media di mana ianya mendapat tumpuan umum. Akan bertambah keruh lagi apabila berbicara tentang isu sensitif seperti agama, terutamanya di Malaysia kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Baru-baru ini, di laman Twitter, seorang pengguna @TheusopIbrahim telah meluahkan rasa dukacitanya dan mendedahkan beberapa individu yang mempersendakan agama Islam dan Allah SWT

9728

Lebih menyedihkan apabila mereka itu sendiri beragama Islam!

Di bawah adalah beberapa screenshot menunjukkan individu-individu terbabit tanpa segan-silu mempersendakan agama Islam dan Allah SWT

Siap berbalas tweet dan berjenaka lagi tentang agama Islam dan Allah SWT

6a6dImage via Twitter @TheUsopIbrahim

Betul-betul melampau!

7bb0Image via Twitter @TheUsopIbrahim

Menurut @TheusopIbrahim, dia terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang kononnya bersikap terbuka sampai sanggup mempermainkan hukum hakam Allah SWT

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memang aktif dalam laman media sosial Twitter turut tampil memberikan komen beliau mengenai isu ini

Beliau telah sertakan sekali petikan daripada ayat Al-Quran yang berkait dengan isu tersebut diikuti dengan thread menceritakan tentang ayat yang diturunkan Allah SWT itu

8202Image via Twitter @drzul_albakri

Nak bergurau pun ada batasannya, hati-hati jangan sampai mempersendakan agama! – says